Rabu, 15 November 2017

GIGI SUSU BERLUBANG!!


"Gigi budak-budak kan rapuh dan senang rosak." (MITOS).

Gigi susu boleh kekal sihat dan tak rosak sehingga sampai waktu gigi susu tu akan tertanggal sendiri jika ikut TIPS yang cik yun share dari Dr Q bagi ni.

📌 Amalan membersihkan mulut.

 
  • Sejak dari bayi lagi, biasakan anak membersihkan mulut, gusi, pipi,(bahagian dalam) dan lidah dengan kain bersih yang lembut dan lembab. 
  • Buat selepas bayi menyusu dan sebelum tidur, bagi membiasakan bayi pada sesuatu benda masuk ke dalam mulut dan untuk bersihkan mulutnya.
  • Pada permulaanya, proses membersih akan menyebabkan bayi tidak selesa dan menangis! Ingat kita bukan nak menyeksa bayi, jadi jangalah tonyoh kuat-kuat pula ye. 
  • Dengan gerakan yang lembut dan dalam beberapa saat sahaja.

📌 Mula membersih gigi.

  • Boleh mula memberus gigi bayi walaupun baru 1 batang gigi susu yang tumbuh. 
  • Gunakan berus gigi jenis yang sarung pada jari sebab lebih mudah untuk ibu bapa bersihkan. 
  • Apabila sudah mahir menggunakan tangan, anak boleh diajar menggunakan berus gigi kanak-kanak.
  • Pastikan kesemua permukaan gigi diberus, jangan biarkan mereka berus gigi sendiri tanpa diawasi. 
  • Periksa semula gigi anak selepa selesai memberus, pastikan tiada lagi plak/tahi gigi yang berwarna putih dan kuning melekat di permukaan gigi terutama di kawasan leher gigi iaitu kawasan yang berdekatan dengan gusi.

📌 Menggunakan ubat gigi.

  • Sesuai digunakan pada kanak-kanak yang sudah pandai meludah.
  • Sekiranya mahu juga menggunakannya, ini tips dari American Dental Association
  • 1 hingga 3 tahun ~ saiz ubat gigi sebesar sebutir beras.
  • 3 tahun dan ke atas ~ saiz ubat gigi sebesar kacang pea.
  • Jika belum tahu meludah, pastikan kanak-kanak tidak menelan ubat gigi kerana gigi kekal kanak-kanak sedang membentuk. 
  • Jika banyak ubat gigi yang ditelan, nanti gigi kekal akan ada tompok-tompok putih yang dipanggil "flourosis".
📌 Mengurangkan Penggunaan Botol

  • Pastikan secara beransur-ansur, ajar anak minum menggunakan sipper atau cawan (cawan untuk kanak-kanak tu yang ada muncung kat depan tu). 
  • Ini kerana tabiat minum susu menggunakan botol susu adalah punca kepada kerosakan gigi susu. 
  • Lebih membimbangkan, apabila menggunakan botol susu sehingga tertidur dan gigi susu tidak dibersihkan.
  • Tempoh sisa susu yang yang terlalu lama melekat pada gigi susu anak anda akan menyebabkan gigi susu itu cepat untuk rosak terutama gigi depan bahagian atas. 
  • Jadi tipsnya, jika anak anda tertidur setelah minum botol susu, angkat bibir anak anda dan lap sisa susu pada gigi. 
  • Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kuantiti sisa susu yang terlekat dan mengurangkan kadar kerosakan gigi. 
📌 Tabiat menghisap jari.
  • Sekiranya bayi ada tabiat menghisap jari, biasakan cegah bayi daripada lakukan tabiat itu. 
  • Perlahan-lahan keluarkan jari semasa bayi sedang tidur. 
  • Jika bayi meneruskan tabiat itu sehingga besar ke usia kanak-kanak, gigi susu dan gigi kekal hadapan akan jongang dan terbuka.
📌 Pemeriksaan gigi.

  • Biasakan anak berjumpa doktor gigi di klinik gigi untuk melakukan pemeriksaan berkala. 
  • Ini untuk membiasakan kanak-kanak dengan persekitaran klinik gigi.
  • Pastikan setiap 6 bulan sekali buat pemeriksaan di klinik gigi untuk lakukan pemeriksaan berkala dan untuk mengawal pertumbuhan gigi anak anda.
  • Banyak respon ramai diantara kita takut nak jumpa doktor gigi sebab trauma masa kecil. 
  • Bila terpaksa jumpa doktor gigi sebab ada masalah dan rawatan terpaksa dilakukan, kanak-kanak yang kecil tu mudah untuk trauma.
  • Lebih-lebih lagi bila terpaksa cabut gigi. 
  • Jadi jangan biarkan pisang berbuah dua kali dan kitaran yang sama berlaku pada generasi kini. Kita boleh mengubahnya.

➡ Elakkan tabiat makanan manis 
  • Tabiat ini patut di elakkan daripada anak supaya tidak menjadi kesukaan.
  • Makanan manis yang tidak dibersihkan dengan betul boleh menjadi faktor kepada kerosakan dan peruputan gigi. 
  • Begitu juga dengan suplement anak…pilih TANPA GULA! Bukan sekadar untuk gigi, juga untuk kesihatan kanak-kanak anda.
Alam keibubapaan memang sukar, tetapi jika kita sayang anak kita, ikuti tips yang Dr Q bagi ni. Okeh mommies… 😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?