Jumaat, 16 Februari 2018

ANAK DEMAM LAGI!


Cik Yun dulu 'stress' bila anak kerap demam. Minggu lepas demam, minggu ni demam lagi?! Sebab Elyas memang sangat lemah dari segi imunisasi tubuh, tetapi sangat aktif! Keliru..

Jadi, Cik Yun rajin berlajar, dan keep dapatkan ilmu yang lebih dari pegawai kesihatan dan jururawat yang merawat Elyas. Sampai dah kenal, rekod tebal je ni Elyas la tu (dah macam rumah kedua dah..😅)

Bila anak demam, benda pertama yang kita perlu tahu adalah 'Faktor dan Punca'. Kenapa dan bagaimana boleh terjadi..
  1. Jangkitan kuman (virus atau bakteria),
  2. Perubahan perkembangan (badan menjadi agak stress dari kebiasaan).
  3. Suhu atau cuaca panas.
  4. Keracunan, atau mengutip makanan tercemar.
  5. Terkejut terhadap sesuatu situasi seperti jatuh kerusi,(shock).
  6. Selepas cucuk vaksinasi (tindak balas tubuh).
PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN SUHU TUBUH
  • Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
  • 37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
  • 38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Sekiranya suhu anak melebihi 38.5℃ bagi ubat demam biasa (jika ada) dan lap lap atau mandikan anak.

Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

PAKAIAN.
Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking, pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu. Untuk haba panas keluar, kalau boleh balutkan anak dengan kain yang lembap.

Pantau suhu samada menurun atau tidak, tengok juga keadaannya. nampak biasa atau luar dari kebiasaan.

Apa yang kita perlu dirisau ketika anak demam?
  1. Anak aktif atau tidak?
  2. Anak boleh makan atau tidak?
  3. Kalau tak boleh nak makan, anak boleh minum atau tidak?
  4. Anak bernafas dengan laju?
  5. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
  6. Ada muntah dan cirit? Berapa kali?
  7. Ada buang air besar?
  8. Pampers anak penuh atau tidak?
  9. Anak merengek dan meragam?
  10. Anak ada respon dengan baik atau biasa?
  11. Anak anda tarik (sawan)?
  12. Ada timbul kelainan pada tubuh macam ruam?
Jika ada simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, 'sample' darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.

Ambil darah pula, cucuk tangan tak dapat, cucuk lengan tak dapat, banyaknya cucuk? Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit dan kecut akibat dehidrasi. Jadi, tenang dan biarkan jururawat buat kerja mereka. Jangan marah pulak. 😄

 Ujian darah bukan sahaja dilakukan untuk menentukan punca demam, jangkitan kuman atau virus, dan keadaan tubuh si anak semata-mata. Ianya juga untuk rujukan doktor atau pegawai perubatan menentukan antibiotik yang sesuai beserta dos yang sesuai.

Bila dah dapat WAJIB makan antibiotik mengikut dos dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.

Ada ibu bapa yang lebih suka guna ubat punggung dengan alasan anak tidak boleh menelan ubat. Anda perlu tahu, ubat punggung diberikan bila suhu naik mendadak sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.

Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu yang masih boleh dikawal.

MINUMAN TENAGA
Ada ibu bapa yang memberikan minuman isotonik kepada anak-anak sebagai minuman tenaga (bagi kebah). INGAT! Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak-kanak atau orang dewasa sebenarnya.

Yang tiada gas pun tidak boleh sebab minuman isotonik mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.

Untuk mengekalkan tubuh terhidrat, kerapkan memberi anak air kosong, atau Performance Advance Shaklee. Bukan sahaja sesuai pada orang dewasa, mahupun kanak-kanak. TANPA gula, pewarna, pengawet makanan dan selamat untuk semua peringkat umur.
AISKRIM
Kebanyakkan kanak-kanak yang demam akan mengalami radang pada tekak akibat ternyahidrat. Boleh diberika aiskrim untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan. Jangan lebih-lebih tau...

MENOLAK MAKANAN
Jangan 'stress' bagi apa yang dia nak makan. Badan tak larat, tekak perit, nak menelan susah, jadi normal jika ada penolakkan untuk makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun ok.

Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak. Kalau Cik Yun bancuh meal shake dengan buah segar untuk 'maintain' keperluan nutrisi tubuh anak.
PEMBUANGAN
Jika pampers dah tukar 2 kali pun masih ringan atau kering dari kebiasaannya, bawalah segera anak berjumpa doktor.

Bahaya! Dehidrasi adalah sangat merbahaya kerana boleh membawa maut.

IMUNISASI TUBUH
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.

Imunisasi badan akan menjadi lebih kuat secara natural. Akan tetapi bergantung pada faktor persekitaran, pergaulan dan latar belakang tahap kesihatan anak.

Dapatkan sentiasa ilmu yang lengkap dan pengetahuan yang lebih relevan dari pakar kanak-kanak, atau pun pakar nutrisi kanak-kanak untuk dirujuk.

In shaAllah...anak kita, anugerah indah kurniaan Allah s.w.t..semoga kita diberikan sentiasa kekuatan jiwa dan fizikal untuk menjaga mereka sebaiknya.
Aamiin ya Allah~

Testimoni Cik Yun sendiri guna kedua-dua produk ni. Sangat memuaskan, dan sangat disyorkan. Selalu menjadi pembantu Cik Yun bila kecemasan anak tidak sihat atau badan letih sangat main itu ini. Anak tidur pun lena, rehat yang berkualiti juga diperolehi.

Sakit tu biasa sebagai ujian, tapi kita perlu sentiasa positif dan ikhtiar semoga tidak melarat, dan membahayakan nyawa anak-anak.

Dunia semakin maju, teknologi semakin kehadapan dan anak-anak juga semakin cerdik pandai. Jangan lupa! Penyakit, kuman dan virus juga turut berevolusi.

Cegah sebelum parah!

CikYun_shaklee
www.wasap.my/60123463837

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?