Selasa, 7 November 2017

Sukatan Am Susu Formula Bagi Bayi Mengikut Usia


Kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu formula menghadapi persoalan mengenai sukatan susu yang betul.

Tiada jawapan yang khusus tentang isu ini sebenarnya, sebab selera dan keperluan nutrisi bayi adalah berbeza mengikut beberapa faktor.

Keperluan susu bagi bayi biasanya ditentukan mengikut beberapa faktor penting iaitu:-

 Usia bayi.
 Berat bayi.
 Bayi menyusu susu formula sepenuhnya.
 Bayi menyusu campur dengan susu badan.
 Bayi sudah mula campur dengan makanan pejal.

Perlu diingatkan, sukatan Am ini sangat tidak sesuai digunapakai untuk bayi pramatang dan juga bayi yang mengalami masalah kesihatan.

Ibu boleh juga mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai sukatan susu yang sesuai mengikut kehendak dan keperluan bayi anda dengan pakar nutrisi, atau pakar kanak-kanak.

Terbahagi kepada empat (4) kategori. Untuk menyenangkan pemahaman, Cik Yun siapkan info penting dalam bentuk slide.

……................🌼....................🌼.....................🌼....................🌼................

1. Usia 0 sehingga 2 bulan.

    ~ Fasa pengenalan susu formula pada bayi.
    Ibu perlu peka dengan tindak balas bayi terhadap susu melalui 
    najisnya, pembuangan lancar atau tidak.


2. Usia 2 sehingga 6 bulan.

~ Fasa proses penerimaan.
Ada susu yang menyenangkan najisnya bayi berwarna hijau kekelabuan, hijau, dan ada yang berwarna kuning.

Jangan risau, ini dipanggil 'adaption proses', di mana tubuh bayi
bertindak balas dengan nutrien yang terkandung dalam susu.
Biasanya dalam tempoh tertentu sebelum bertukar ke warna yang normal.

Sekiranya bayi mula meragam, pembuangan tidak lancar, kembung (Colic), atau Ibu melihat tanda bayi tidak selesa selepas penyusuan, sila rujuk pada doktor.


 3. Usia 6 sehingga 11 bulan.

~ Fasa penambahan makanan sokongan.
Keperluan susu boleh mula dikurangkan secara berperingkat. 
Kekurangan sumber dan nutrisi bayi boleh disokong dengan pengambilan makanan pejal (3x sehari.

Ajar bayi Ibu mngambil makanan dari pelbagai sumber untuk menyokong keperluan nutrisi. Perkenalkan perjalanan yang sihat kepada anak. Elakkan pemberian makanan yang tidak bernutrisi.


4. Usia setahun dan ke atas.

 ~ Amalan pemakanan yang sihat.
Bila jadual menu makanan yg lengkap dari pelbagai sumber untuk bayi anda.

Elakkan bayi dari bergantung pada susu, pelbagaikan jenis menu yang sihat. Bina mindset pada anak, makanan sihat dan bersih adalah berkhasiat dan elok untuk tubuh.


Harap pekongsian ini dapat membantu kemusykilan para ibu yang keliru tentang sukatan susu formula yang bayi perlukan.

Semoga dapat manfaat dari pekongsian ini.
INGAT! Pastikan anak kita membesar dengan baik, secara sihat. BUKAN membesar dengan GULA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?