Rabu, 27 Disember 2017

Kepentingan Kesihatan Emosi


Stress merupakan pembunuh senyap untuk kesihatan emosi dan fizikal kita. Tanpa keseimbangan nutrien yang betul, boleh menyebabkan gangguan pada tahap kesihatan kita.

Selain dari penjagaan kesihatan tubuh badan atau fizikal, kita juga perlu peka, dan cakna pada kesihatan mental dan emosi kita. In perlu kerana emosi juga memainkan peranan yang amat penting dalam menggalakkan tahap kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Pengurusan Stress

Bila kita Stress, seluruh saraf dalam kita menjadi 'tegang' dan mengalami tekanan! Bermula dari saraf neuro otak (menghantar isyarat emosi), jantung (mengepam darah dengan lebih laju dari normal), dan bahagia-bahagian yang lain tubuh.

  1. Tarik nafas dalam-dalam, dan hembus perlahan.
  2. Jika berdiri, cuba duduk.
  3. Jika duduk pun masih tak reda, bersadar.
  4. Jika bersadar pun tidak reda, baring.
  5. Minum segelas air biasa.

Kawalan emosi dengan istighfar, selawat, sambil tarik dan hembus nafas. Elak bercakap atau bertindak ketika marah menguasai diri.

Dapatkan diet pemakanan yang bagus untuk mengawal 'mood' anda yang mengharungi banyak dan pelbagai unsur vitamin B

Kenapa vitamin B?

Vitamin B sangat sinonim dengan nutrien 'pengawal' emosi. Akan tetapi, tubuh juga memerlukan lebih dari sekadar vitamin B1. Tubuh memerlukan beberapa sumber dan unsur dari vitamin B (dikenali sebagai B Complex) untuk menyokong fungsinya terhadap sumber lain.
Spektrum Vitamin B
Tubuh bukan sahaja memerlukan Vitamin B sahaja, tetapi pelbagai jenis Vitamin B (B Complex) untuk menyokong keperluan nutrisi tubuh. Terutamanya kesihatan mental dan emosi kita.

Apa yang diperlukan dalam spektrum Vitamin B Complex?

🍄 Vitamin B1 (Thiamin)
Membantu menggalakkan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf (reaksi emosi), mencegah kelesuan (akibat tindakan balas emosi negatif), dan meningkatkan stamina.
Vitamin B1 juga membantu dalam melengkapkan tindakan 'sinergistik' (gabungan hormon bersama) anti-oksida untuk melawan radikal bebas.

🍄 Vitamin B2 (Riboflavin)
Memproses asid amino, dan asid lemak. Turut serta dalam membantu mengaktifkan Vitamin B6 dan asid folik.

🍄 Vitamin B3 (Niacin)
Membantu mengurangkan aliran kolestrol dalam darah. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin B3 menyebabkan risiko dipresi atau gangguan mental.

🍄 Vitamin B5 (Asid phentotenic)
Membantu mengurangkan stress, dan tekanan pada emosi, dan mengurangkan penuaan pra-matang. 
Bersama dengan Vitamin B1 untuk melengkapkan tindakan 'sinergistik' bersama melawan radikal bebas pada tubuh akibat tekanan dari mengawal emosi yang negatif.

🍄 Vitamin B6 (Pyridoxine)
Sumber utama dalam pemprosesan asid amino bersama B2, membantu mengawal serotonin yang menyebabkan gangguan dalam emosi dan jiwa.
🍄 Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin larut air yang juga dikenali sebagai vitamin H, yang berperanan dalam reaksi biokimia seperti menukarkan metabolisma, karbohidrat, dan lemak kepada tenaga.
Mengelakkan tubuh dari keletihan dan kelesuan.

🍄 Vitamin B9 (Asid Folik)
Membantu fungsi 'neurotransmitter' (signal kimia yang dilepaskan), dengan mengurangkan kadar dipresi dalam tubuh.
Diperlukan untuk perkembangan janin dan mengelakkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang bagi bagi dan kanak-kanak.
🍄 Vitamin B12 (Cobalamin)
Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan selamat darah. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan masalah mental seperti kecelaruan emosi, dan ketidaktenteraman.

B Complex Shaklee

Membekalkan spektrum penuh vitamin B untuk kesihatan yang optimum.

Dihasilkan dengan menggunakan teknologi 'Sitem Penyerapan Bioaktif Berpaten, dimana mengandungi selaput asid folik yang mudah diserap oleh tubuh.

Kandungan asid folik dalam B Complex Shaklee adalah 100% semulajadi yang mudah dilarut ke dalam tubuh.

Jangan risau, bentuknya telah diciptakan dengan bentuk yang mudah ditelan 😉

Dapatkan manfaat vitamin B kompleks dengan rundingan menggunakan yang betul dari saya, pada bila-bila masa…in shaAllah…

Cik yun
Yout Trusted SID
www.wasap.my/60123463837/Shaklee 





Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?