Sabtu, 18 November 2017

~Cik Yun_Haizun…~: GIGI SUSU BERLUBANG!!

~Cik Yun_Haizun…~: GIGI SUSU BERLUBANG!!: "Gigi budak-budak kan rapuh dan senang rosak." (MITOS). Gigi susu boleh kekal sihat dan tak rosak sehingga sampai waktu gig...

Makanan Segera Yang Sihat!

Kebanyakkan kanak-kanak sangat sukar menerima hidangan dari sayur-sayuran. Terutamanya sayur-sayuran hijau, walaupun hanya daun sup!

Anak Cik Yun pun macam itu juga, sayur mesti dipilih-pilih. Lobak ke, avocado ke, baby corn ke makan la. Kalau warna hijau je, dia mula asingkan letak tepi.

Jadi, ibu kena kreatif untuk menanggani kanak-kanak jenis 'picky eater' macam ini. Kita tahu, sumber sayuran adalah sumber fibre yang sangat penting dalam sistem pencernaan, dan pembuangan tubuh. Sebab itu, ramai kanak-kanak sering mengalami SEMBELIT! 

Cik Yun nak share satu resepi ready food untuk kanak-kanak berusia 10bulan sehingga usia ibu-ibu boleh makan. Ada dari pelbagai sumber seperti kalsium, protein, karbohidrat, vitamin k, dan juga zat besi.

Kira ini makanan 'raw' yang ibu-ibu boleh sejuk bekukan untuk dicampur dalam hidangan anak. 

~Tofu Ayam Sayur Berkasih~


🌼 Sediakan bahan seperti di gambarajah.
🌼 Sayuran tidak kisah yang jenis keras pun boleh macam brokoli, keledek, atau pun kacang peas.
🌼 Sediakan 2 jenis tauhu, jenis keping dan telur.
🌼 Boleh bancuh siap-siap air dengan tepung jagung.
*Untuk bayi bawah 10bulan, boleh guna tauhu keping SAHAJA. Serta resepi ini TANPA PERASA, PEWARNA ATAU PERISA TAMBAHAN!


🌼 Kisar hancur kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
🌼 Mengisar bahan juga perlukan teknik ye, iaitu selang-selikan susunan bahan yang lembut dan keras ke dalam blender, untuk dapatkan hasil kisaran yang hancur sempurna.
🌼 Masukkan air sedikit, jika pekat boleh tambah air sikit.


🌼 Bahan yang dikisar tadi akan digaulkan sebati bersama bancuhan tepung jagung. Rehatkan sebentar.
🌼 Pilih bekas atau acuan yang mudah anda keluarkan dan anda simpan untuk disejuk bekukan.
🌼 Panaskan pengukus dalam 10minit, sementara itu boleh oleskan minyak kelapa, atau minyak zaitun pada bekas atau acuan.
🌼 Isi dan hentak sedikit bekas supaya isinya mampat.
🌼 Kukus selama 15minit, bergantung pada saiz bekas ye.


🌼 Siap!
🌼 Sejukkan di luar sebelum disimpan atau digunakan terus.
🌼 Kalau anak Cik Yun, mereka makan macam itu sahaja. 


🌼 Ini contoh hidangan anak-anak Cik Yun, yang Cik Yun gunakan Tofu Ayam Sayuran Berkasih ini.
Senang, potong kecil-kecil, campur sahaja dalam menu.
🌼 Boleh digoreng begitu sahaja, goreng dengan breadcrumbs, bubuh dalam sup, kuah ladna, kuah sayur-sayuran lemak, atau pun hancur-hancur bubuh dalam cekodok.

SELAMAT MENCUBA 😘

📌 DAPATKAN makanan tambahan yang sesuai kepada anak anda,  untuk menyokong tumbesaran anak anda dengan kelengkapan nutrisi dan mineral dan tubuh yang lengkap TANPA GULA dan PEMANIS TIRUAN.


www.wasap.my/+60123463837/mealShake

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?