Isnin, 25 Disember 2017

ADAB TERHADAP PESAKIT KANSER

Salam takziah…
Dugaan dan ujian pada yang terpilih, kepada sahabat yang menghidapinya. Didoakan semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian ini. Dikelilingi dengan sahabat yang mengambil berat, keluarga yang menyayangi, malah pasangan yang setia juga adalah nikmat dan hikmah disebalik ujian.

Sebagai insan yang berada dikalangan mereka, apakah persiapan yang boleh dilakukan sebelum menziarahi saudara atau sahabat kita yang menghidapi kanser?

Bagaimana kita dapat membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser ini?

✅Niat
Ziarah dengan  Niat Ukhwah lillahita'ala'  (bagi mendapat Redha ALLAH SWT) - jangan menjadi Doktor  (walaupun anda seorg Doktor perubatan)

❤ Jadi seorang sahabat yang memahami.
Tak perlu bagi Nasihat - Tidak perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan (kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda).

Elakkan menjadi pencadang perubatan. Bila datang menziarahi, biar secara santai. Sembang atau cakap sesuatu topik yang pesakit minat, gemar, dan gembira bila diperluaskan.

Kalau dah tiada idea nak sembang, jadilah pendengar yang baik. Berilah ruang kepada pesakit kanser bercerita meluahkan perasaan, dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.

❌ Jangan di tanya tahap bagi Kanser pesakit.
Bagi pesakit kanser tahap atau Stage semua sama. Semua stage adalah amat menakutkan. Canser is still Cancer!


✅Bawalah buah tangan
Bila datang menziarah seeloknya, jangan datang hanya dengan senyuman dan doa, bawalah sesuatu untuk mengembirakan hati pesakit dan Keluarga mereka.

Siapa Tak suka Hadiahkan..?
Pemberian itu adalah tanda ingatan dan kasih sayang kita, in shaALLAH dapat Pahala tau.

✅ Tabung Prihatin
Bantulah dengan kutipan sedikit sumbangan sebagai bantuan kewangan pesakit Kanser dan keluarga mereka.
Cancer is very expensive illness tau.

❤ RM10/RM5  hanyalah harga sepinggan nasi, berpuasalah pada hari tersebut untuk kita infakkan pada rakan kita yg lebih memerlukan. In sha ALLAH - ALLAH akan ganti berganda!

✅Bergambar?
Seeloknya ada berziarah SILA mohon izin sebelum ambil gambar dan maklumkan jika gambar ingin di Upload di FB/IG. Berilah ruang pesakit untuk bersiap dan jagalah aurat mereka

Kebanyakkan mereka sentiasa mahu dilihat cantik, ceria, dan nampak 'sihat'.

✅Peranan jiran.
Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika Jiran anda adalah pesakit kanser, tanyakan keperluan mereka, pengurusan anak-anak & pemakanan pesakit Kanser.

❤ Pernah seorang  sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja. Si isteri yang sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yang ada disediakan di tepi katil.

✅Tazkirah kematian.
Elakkan memberi tazkirah kematian kepada pesakit Kanser ketika menziarahi mereka.

❤ Nabi Ayob  a.s  juga Sakit berpuluh tahun - adakah Beliau diberi Musibbah Penyakit kerana Beliau Berdosa?

Ingatlah kanser bukan hukuman Tuhan. Kanser bukan kematian kerana ramai kami yang survive dan menjalani hidup normal seperti anda semua.

Ketahuilah ramai yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan Radio & Kimo.

KANSER BUKANLAH KEMATIAN:
Mati merupakan Pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang nak masuk Syurga.
Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui kematian?
La Tahzan

Dipetik dan diolah:
Hjh Zuraini Kamal Founder Cancer Survivors Malaysia 


Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?