Selasa, 14 November 2017

PRA-EKLAMPSIA DAN KEHAMILAN

Apa itu pra-eklampsia?



Berlaku apabila plasenta tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika tidak dirawat. Biasanya ia berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Juga berkemungkinan menghidapnya dalam trimester ketiga, selepas usia kehamilan 27 minggu.

Doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesan tanda-tanda pra-eklampsia setiap kali anda hadir untuk janji temu pranatal:
Tekanan darah tinggi
Kandungan protein dalam air kencing.

Kebanyakkan ibu tidak menyedari sama ada sedang mengalami tekanan darah tinggi atau terdapatnya protein dalam air kencing, tetapi anda boleh memantau simptom-simptom pra-eklampsia seperti berikut:
  • Bengkak teruk pada muka, tangan dan kaki yang berlaku secara tiba-tiba.
  • Sakit kepala yang teruk.
  • Masalah penglihatan seperti pandangan kabur atau silau.
  • Terasa sangat sakit di bahagian bawah rusuk.
  • Rasa tidak sihat secara keseluruhannya.

Pra-eklampsia ada yang ringan hinggalah yang teruk. Jenis yang ringan agak biasa berlaku dan kelihatan normal, kerana hanya berlaku pada seorang dari 10 bakal ibu dalam kehamilan yang pertama.

Malah, anda mungkin tidak tahu anda menghidapnya sehinggalah doktor mengesahkannya ketika pemeriksaan pranatal. Pemantauan dan rawatan awal akan membantu memastikan anda dan bayi dalam keadaan baik.

Punca-punca pra-eklampsia?

Tidak dapat dipastikan sebab dan punca sebenar yang menyebabkan pra-eklampsia. Jika anda mengalami pra-eklampsia, aliran darah melalui plasenta menjadi kurang. Ini akan menjejaskan janin kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi. Kekurangan oksigen dan nutrien boleh menyekat tumbesaran janin dalam kandungan.

Siapakah yang berisiko mengalami pra-eklampsia?

Jika anda:-
  • Hamil kali pertama.
  • Kakak atau ibu anda pernah mengalami pra-eklampsia.
  • Jarak di antara kehamilan terdahulu dan sekarang 10 tahun atau lebih.
  • Pernah mengalami pra-eklampsia dalam kehamilan yang lalu. Seorang dalam lima wanita mengalaminya sekali lagi.
  • Anda berumur 40 tahun atau lebih.
  • Anda obes sebelum hamil, iaitu dengan indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebihAnda sudahpun mempunyai masalah perubatan seperti sakit buah pinggang atau tekanan darah tinggi.
Bagaimana untuk mencegahnya?

Malangnya tiada cara yang pasti untuk mencegah pra-eklampsia. Cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan menghadiri kesemua temujanji antenatal anda. Jaga, pantau, dan pilih makanan yang bersesuaian.

Elakkan makanan tinggi Monosodium Gultamat atau perisa tambahan salam makanan, apatah lagi yang jenis segera.
Bagus juga jika anda tahu simptom-simptom pra-eklampsia supaya anda tahu bila hendak mendapatkan bantuan.

Komplikasi lain dari pra-eklampsia

Jika pra-eklampsia berlarutan dari ringan kepada teruk, ia mula menjejaskan sistem-sistem badan yang lain. Ini bermakna anda mungkin mendapat simptom-simptom yang lebih serius. Jika doktor anda tidak tahu anda menghidap pra-eklampsia, anda tidak akan mendapat penjagaan yang betul dan komplikasi boleh berlaku.

Sumber: Dipetik dan diolah dari BabyCenter.com

Semoga diperlihara, dan diberikan kesihatan yang baik bagi ibu-ibu dan bayi sepanjang kehamilan..aamiin~ 🌼

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?