Ahad, 18 Februari 2018

ELYAS, SEMBELIT, SUSU, DAN EBM

Permulaan Penyusuan
Elyas menyusu sepenuhnya susu ibu selepas berusia 4bulan. Sebelum itu, terpaksa menyusu campur kerana keuzuran Cik Yun.

Susu banyak, Cik Yun pam dan simpan. Ini kerana Elyas reject botol, dan Cik Yun tak boleh kerap bangkit untuk duduk lama-lama (setiap sesi penyusuan adalah lebih kurang 45minit!).

Selepas 4bulan, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk meneruskan penyusuan sepenuhnya untuk Elyas. Mustahil? Tidak, susu tidak akan kering sekiranya jadual pam dijaga.

Hydrocele Baby

Kami diduga dengan Elyas disahkan 'Hydrocele Baby' dimana saluran turunnya telur tidak tertutup sepenuhnya, yang menyebabkan air dari usus mengalir memenuhi kantung telur. Karung telur kelihatan berkilat dan besar sebelah kanan berbanding sebelah kirinya.

Risiko Elyas untuk peringkat yang membimbangkan adalah SEMBELIT! boleh menyebabkan usus jadi keras dan berisiko usus termasuk ke dalam lubang yang terbuka dan pecah!

Sepanjang itu juga, imunisasi Elyas sangat rendah. Mudah dijangkiti penyakit, demam hampir setiap minggu! Jangkitan kuman pada paru-paru, tonsil membengkaknya. Allah~

Susu dan Sembelit
Kehamilan jarak dekat sangat berisiko untuk Cik Yun, jadi doktor syorkan kami hentikan penyusuan lada untuk Elyas. (Sedih Cik Yun).

Kami beli macam-macam jenis susu, dia mula menolak…menolak…dan sembelit…sembelit sampai menangis dan berdarah!

Jadi, Cik Yun buat keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan. Tawakkal pada Allah.


Penyusuan Bergu (Tandem)
Penyusuan diteruskan juga sebaik sahaja Amni dilahirkan, cik yun pantang sendiri, jadi bergilirlah anak-anak menyusu. Alhamdulillah cukup, Elyas pun elok 'direct feeding'.

Amni lahir ketika Elyas berumur 1 tahun 4 bulan, jadi kurang setahun lagi untuk cik yun buat persediaan bagi Elyas untuk bercerai susu. 


8 bulan cik yun merasa penyusuan 'tandem', oleh kerana deman sangat tinggi, sepanjang tempoh berpantang Cik Yun memperolehi hampir 200oz stok simpanan EBM! Sampai tumpang letak lagi di rumah mak hehehe…


Makanan Tambahan Kesihatan.


Asalnya, Meal Shake diambil sebagai suplement Elyas yang sering menolak makanan, tapi Cik Yun cuba jadikannya sebagai susu. Percubaan pertama Elyas minum sebagai suplemen dalam susu pada umur 1tahun lebih.

Sebagai langkah 'wean off' EBM, dan 'tandem' bagi Cik Yun. Hasilnya, alhamdulillah Elyas boleh terima, sembelit tiada, demam melarat jarang menyinggah. Selera makan juga bertambah dan berat juga naik macam biasa. Asbab~

Malah pembedahan juga boleh dilakukan tanpa sebarang komplikasi, dan tempoh pemulihan juga cepat. Risau juga sekiranya dia mengalami sembelit selepas pembedahan.

Penyusuan Badan Berakhir.
Selepas sebulan bercerai susu, cik Yun penah cuba bagi Elyas EBM sebelum tidur, dia boleh terima dan habiskan. Kenapa? Sebabnya meal shake tanpa gula, sama seperti susu ibu…jadi bila ditukarkan pun dia tidak rasa pelik atau loya.

Selain membantu membekalkan manfaat nutrien yang mencukupi, meal shake juga menstabilkan sistem penghadaman anak anda.

Sangat berbaloi, bukan sekadar protein biasa, malah menepati keperluan nutrisi anak anda secara sihat 🌼

Pengalaman ini sangat bermakna, tiada siapa yang mampu dan kuat untuk menghadapi dugaan yang melibatkan nyawa. Namun ikhtiar itu penting sebelum kita pasrah dan menyerah pada ketentuan Illahi.

Cik yun doakan pada yang diuji, semoga tabah dan kuat, bersyukur diberikan kesempatan untuk memiliki insan-insan yang boleh kita berkongsi rasa, berkongsi sokongan…semoga diberikan kesembuhan hendak-Nya…aamiin~ 🌸

Mana nak dapat Meal Shake ni? Boleh direct je wasapp Cik Yun www.wasap.my/60123463837/mealshake.

PERCUMA!
✅ Konsultasi dan penerangan produk.
✅ Trial vitamin yang sesuai.
✅ Hadiah untuk pelanggan. 😘

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?