Sabtu, 14 Julai 2018

Pejuang SLE Bertahan tanpa Steroid

...Shaklee Effect...
.........................................................🌸🌸🌸
Nama diberi Aida Fadriah
Umur-40 tahun Disember 2018
Berkahwin 10 tahun namun belum ada rezeki anak
Guru Tadika di Binjai, Kota Bharu
.........................................................🌸🌸🌸

Saya seorang SLE fighter yang disahkan pada Mac 2017. Saya mula pengguna Shaklee sejak 2013 selepas mengalami keletihan.

Cuma masa guna, ikut keperluan waktu itu seperti SR Vitamin C Plus untuk resdung, Ostematrix untuk mudah nyenyak tidur. Kesan Ostematrix pada saya mulanya cirit setiap pagi selama dua bulan, tetapi memang dapat tidur nyenyak waktu malam.

Masa tu kalau tidak silap, MD start Program detox. Masa tu mula pelbagai masalah timbul sebab saya memang tak tahu saya ada SLE.

Untuk 'patient' SLE, MIA nasihatkan untuk tidak ambil semua produk Shaklee yang ada herba termasuklah Alfalfa, Herblax, Vitalea. Lebih baik guna vivix jika berkemampuan atau produk selain beherba.

Lewat..

Lewat, sangat lewat saya dikesan penyakit SLE ini tahun lepas. Memang ketika itu, adik sy sendiri pun pening sebab simptom 'healing crisis' saya lain dan berbeza dari orang lain.

Masa kami buat detox, saya gunakan semua produk detox kecuali vivix. Apa yang dialamai, saya jadi 'fatigue', bengkak pada bahagian jari, tangan dan kaki. Tetapi saya memang tidak salahkan Shaklee ye. Hikmah, mungkin itu masanya Allah nak tunjuk saya adalah penghidap SLE.

Allah ilhamkan saya supaya tidak suka pada Alfalfa, Herblax dan Vitalea. Jadinya saya berhenti ambil pada tahun 2015. Duduklah chomel jer botol tu atas kaunter. 😁

Akan tetapi, bengkak pada jari tangan dan kaki berlarutan sampai tak mampu hendak berjalan elok, tidak boleh nak pakai baju apatah lagi nak bersih diri dari hadas kecil dan hadas besar.

Bagaimanapun, saya tetap bekerja macam biasa cuma rasa seperti Orang Kelainan Upaya (OKU). Banyak MC jugalah sampai bos marah. Saya tetap teruskan juga amalkan Ostematrix, SR Vita C, pada waktu malam.

Waktu siang saya suka ambil Cinch Tea bancuh dalam 1.5 liter air. Ini yang saya amalkan dari 2015 sampai skrg plus sekarang. Ada rezeki, dan ada duit lebih saya beli vivix. Produk-produk inilah yang membantu saya untuk tidur lena di waktu malam, selepas seharian melayan budak-budak, dan menghadap staf. Malam-malam saya buat tuisyen dan esoknya kerja macam biasa.

Selepas disahkan penghidap SLE.

Selepas disahkan dan tahu saya ada SLE, akhirnya terjawab kesemua simptom pelik-pelik yang saya alami ketika mengamalkan Shaklee.

Walaupun program detox tak berapa berjaya sepenuhnya, tetapi sekarang saya tahu dan sangat 'alert' bila saya terdedah pada produk makan yang diproses yang merbahaya.

Seolah-olah produk Shaklee, telah menajamkan sel-sel saya. Contoh, saya boleh detect kedai mana yang bagus masakannya. Maksudnya kurang letak perisa, pewarna dan perasa tambahan.

Sebenarnya sebelum dapat tahu saya SLE, saya cuba kurangkan makanan yang diproses, makanan segera. Sebab benda-benda inilah penyumbang utama yang menumpulkan deria badan kita.

Akhirnya, segala bengkak pada kaki dan tangan turut berkurang.

Bertahan tanpa Steroid

Sekarang saya konsisten dengan produk yang saya sebut tadi plus juga makanan seimbang. Kini, walaupun saya adalah penghidap SLE, Doktor  pun pening dan hairan. Bagaimana saya boleh bertahan dan hidup tanpa ambil sebarang ubat steroid yang sepatutnya diambil oleh pesakit SLE.

Dari bertimbun-bertimbun ubat yang perlu diambil, kini tinggal satu saja yang perlu ambil untuk 'suppress' SLE bagi jangka masa panjang.

Sokongan dan krisis penyembuhan

Saya jumpa MIA untuk dapatkan penerangan SLE. Masa jumpa tu, rasanya berbakul air mata keluar sebab hanya SLE fighter sahaja yang memahami macam mana payahnya sakit pelik ni.

Kalau ada pengguna cakap pasal 'healing crisis' teruskan menasihati. Sebab kita tidak tahu di mana 'turning point user' tersebut akan berubah seperti saya.

Saya rasa kalau saya tak cuba detox, saya pun tak sedar, tak tahu pun yang saya ada alahan teruk yang berpunca dari SLE. Semua orang tahu SLE tiada penyembuhan. Kalau tidak berhati-hati, boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang kronik.

Jadi, bukan salah Shaklee, tapi kita perlu ada ilmu untuk gunakan produk tersebut supaya kita dapat kesan yang lebih optimum. Kalau orang tidak mahu guna, kita share dengan orang lain.
Setiap tubuh adalah berbeza, dengan rutin harian, kondisi tubuh, malah keperluan nutirisi juga berbeza.

Cinta baru

Sekarang, saya sudah mula suka ESP, gabung dengan SR Vit c,  CoQ-Trol. Alhamdulillah badan bertenaga, kulit pun semakin lawa. Orang tak percaya bila saya kata saya dah nak masuk 40.

Sekali jatuh cinta dengan Shaklee, katakan apa sahaja.. Hati tetap dengan Shaklee.

Aidah Fadriah
FB Aidamie
013-227 6156‬
SLE Fighter 🌸
.....................................................🌸🌸🌸

SLE
Systematic Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus, penyakit kronik auto-imun. Di mana badan menghasilkan protein dalam darah (antibodi) dengan banyak.

Ada dua jenis kategori bagi pesakit SLE ni:
✅ Discoid Lupus Erythematosus (DLE)
      > Menyerang pada permukaan kulit.
      > Jarang merebak ke bahagian tubuh lain.

✅ Systematic Lupus Erythematosus (SLE)
      > Melibatkan serangan pada organ.
      > Boleh mengakibatkan kematian.

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat, penyakit juga tidak berevolusi semalam, mungkin juga mengambil masa bertahun-tahun. Jaga, pilih, ambil dan amalkan gaya pemakanan yang seimbang, sihat, dan selamat untuk tubuh kita, dan keluarga..

Sekiranya sudah ditakdirkan, sekurang-kurangnya kita memberi sokongan yang sepatutnya pada tubuh untuk melawannya sebagai ikhtiar dengan kuasa Yang Esa..wallahua'alam..

Syafakillah buat Puan Aidah, sesungguhnya penyakit itu bukan suatu hukuman, tapi ujian dari Allah buat hambanya tanda sayang dan hikmah buat kita semua..🌸

Cik Yun.Haizun
BeYond Empire (Be)
012-3463837

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?