Selasa, 2 Januari 2018

Kehamilan Jarak Dekat Yang Berisiko


Masa cik yun mengandungkan anak kedua, Cik Yun mengalami pendarahan dua kali. Bukan spots ye..bleeding~

Mungkin sebab letih, menguruskan rumahtangga, Elyas yang tidak sihat, dan suami yang patah kaki ketika itu. Memang urusan rumahtangga sangat sibuk, kerja yang sentiasa ada dan juga emosi.

Biasalah orang mengandungkan, hormon pun tak stabil, rasa nak marah, menyingga tu memang ada bila datang anak buat perangai. Ketika itu Elyas berusia 8bulan lebih.

Tipulah kalau cakap tidak risau ke, takut ke bila mengandungkan kali kedua dalam jarak yang dekat (poor spacing). Memang mengandung kali kedua selepas 8 bulan pembedahan cesarean adalah sesuatu yang menakutkan!

Cik yun memang merancang, oleh kerana menyusu badan sepenuhnya, cik yun memang tiada haid. Masa itu, Cik Yun ada ambil pil perancang, tetapi unbalance hormon sebab cik yun amik juga jamu masa tu (silap cik yun…).

Takut macam mana pun, Cik Yun lagi sedih kalau bleeding sampai dua kali boleh menyebabkan janin tidak menjadi (miscarriage). Dari mula mengandungkan Elyas sampai kehamilan yang kedua ini, Cik yun memang tidak ambil sebarang makanan tambahan selain dari klinik bekalkan.

Selepas pemeriksaan Doktor sendri cadangkan ambil makanan tambahan lain, 'add-on' dengan yang klinik bekalkan. 'minyak kelapa bagus untuk ibu, tapi minyak ikan lebih bagus untuk bayi' kata Doktor sebab jantung janin macam lemah.

Balik dari tu, Cik Yun ambil yang Elyas punya (sharing is caringgg~). Bertawakkal dan berikhtiar, sebab rasa sedih dan risau sangat bila Doktor cakap 'kalau bleeding lagi lepasni, sakit perut sampi boleh mual..kita tunggu samada nk keluar sendiri @ cuci sebab heartbeat lemah!'

Alhamdulillah syukur sangat..lepas dari tu memang tiada bleeding ke, spots ke, cramp perut ke apa. Jadi Cik Yun diamkan sahaja la 😅

TCA seterusnya cik yun beritahu Doktor di klinik, terus buat ultrasound. Alhamdulillah, janin sihat, heartbeat pun normal, cik yun menangis tau..syukur..balik tu terus ajak suami cari briyani 😁

Sekarang, setahun sudah Amni Hazyrah, cergas, sihat, dan sangat mudah diuruskan. Syukur alhamdulillah Ya Allah Ya Mujib.
Berpantang pun dengan Shaklee memang best~ 👍👍


#pengalamanShakleeSaya
#highRiskPregnancyFactor
#syukurNikmat

Mengandungkan anak seterusnya selepas kelahiran secara pembedahan kurang dari dua tahun adalah amat tidak digalakkan, kerana boleh mengundang risiko yang pelbagai. Sama ada sepanjang kehamilan mahupun selepas proses kelahiran.

Ingat!
Tiada haid selepas bersalin tidak bermakna tubuh tidak subur! Jadi berwaspada, dapatkan nasihat jururawat masyarakat dan doktor O&G sekiranya anda mengalami kekeliruan mengenai perancang keluarga.

Mengalami gejala seperti:-
  • RASA PENAT YANG MELAMPAU KETIKA HAMIL
  • EMOSI TIDAK TERKAWAL SEPANJANG KEHAMILAN
  • BADAN RASA KURANG SELESA DAN SERING SAKIT
  • MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK SEHINGGA MENGGANGGU KEHAMILAN
  • SAKIT DIBAHAGIAN EPIDURAL DAN SEBAGAINYA
Cik Yun boleh bantu…in shaAllah🌼
www.wasap.my/60123463837/IbuHamilIbuMenyusu

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?