Selasa, 21 November 2017

KAEDAH BANTU ANAK YANG KURANG MAKAN

Mendidik Anak Mengurangkan Pengambilan Susu.

Sejak Cik Yun share resepi si cilik, ramai sahabat Cik Yun mengalami anak yang sukar sangat makan berbanding minum susu. Minum susu memang bagus, tetapi untuk kanak-kanak yang berusia lebih dari setahun 'kurang makan' dan hanya mahukan susu sepanjang masa itu TIDAK NORMAL.

Untuk kanak-kanak seusia itu, susu bukanlah makanan ruji, risiko untuk kekurangan nutrien juga adalah tinggi walaupun kerap minum susu! Ini kerana, kanak-kanak semakin membesar, dan tubuh memerlukan dari pelbagai jenis sumber makanan untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh mereka.

Berikut antara dilema ibu bapa yang mempunyai anak yang kuat minum susu, mengelak untuk makan atau menjamah sedikit sahaja hidangan yang disediakan.

  1. Macam mana nak buat jika anak memang tidak mahu makan. Asyik mintak susu sahaja?
  2. Sanggup tak makan dan minum selagi tak dapat susu.
  3. Anak meragam dan menangis mintak susu dalam botol sebelum tidur.
  4. Taska/pengasuh mintak bekalkan juga susu. Risau anak tidak kenyang dan tidak memperolehi zat dan nutrisi yang mencukupi dari makanan (makan sikit).

Sebaik sahaja anak menginjak usia lebih dua (2) tahun, susu bukan keperluan utama pada anak pagi.

Cara Membantu Anak Makan

TAWARAN!
Menawarkan anak makan dahulu, baru susu. Jarakkan 3 hingga 5 jam untuk susu selepas makan. Jika anak minta susu, beri buah-buahan ataupun snek sihat (homemade finger food/homemade nugget dan lain-lain).

PILIHAN!
Pelbagaikan pilihan untuk anak, antaranya:


  • Makan atau lapar - beri anak 2 sahaja pilihan, nak makan atau berlapar.
  • Makan sambil main - Susun mainan anak, biarkan dia main sambil ibu menyuapkan makanan.
  • Sama-sama hasilkan makanan - libatkan anak dalam penyediaan makanan sambil menerangkan kepentingan setiap sumber.
  • Makan besama-sama - mana tahu, bila tengok semua orang makan boleh menaikkan rasa seronok nak makan. Ibu bapa perlu pandai bina dan ciptakan mood yang boleh meningkatkan minat dan selera anak.

Kurangkan Bergantung Pada Susu
Antara sebab anak yang kurang makan ialah:
  1. Kenyang dengan susu.
  2. Kandungan gula dan perisa tambahan yang terkandung dalam susu atau makanan kegemaranya (yang TIDAK sihat).
Kesannya, anak lebih suka dan TIDAK mahu berenggang dengan susu! Ibu bapa pula risau sekiranya anak kekurangan kalsium. Sebenarnya kalsium bukan hanya terkandung dalam susu sahaja.
  • Kekacang - badam/ flax seed/ sesame seed/ chia seed.
  • Produk tenusu selain susu -keju, yogurt.
  • Sayuran - brokoli, bayam, kubis
  • Buah-buahan.
Ibu bapa juga boleh meyokong keperluan nutrisi anak dengan penyedian makanan tambahan dalam diet harian. Pastikan ianya selamat, sumber yang dipercayai, dan yang utama TANPA GULA, BAHAN PEWARNA dan PERISA tambahan!




Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?