Isnin, 5 Mac 2018

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Apa punca pedih ulu hati?
Puncanya asid dalam perut yang naik (reflux) semula ke saluran esofagus disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus.

Ini merupakan kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron ketika hamil, menjadikan ia lebih lembut dan mengendur.

Ada yang mengalaminya ketika kandungan mula memasuki trimester ketiga. Dimana usus dan perut tertolak ke atas, dan mendapat tekanan dari rahim yang membesar.

Antara simptom pedih ulu hati ketika hamil termasuklah:-

  • Pedih pada bahagian dada
  • Perut tidak selesa, 
  • Sukar untuk menelan, 
  • Makanan terjeluak semula 
  • Rasa pahit atau berasid dalam mulut.

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu mudah terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan dan kaedah semulajadi untuk pedih ulu hati ketika hamil

Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan.

Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah dari terjadinya pedih ulu hati sepanjang kehamilan.

1. Elak penyebab pedih ulu hati
Mencari punca pedih ulu hati, antaranya:

  • Jus buah-buahan sitrus – mengandungi asid semulajadi yang menyebabkan imflamasi.
  • Coklat – melemahkan LES
  • Postur tubuh yang embongkok ke hadapan – beri kesan tekanan kepada perut.
  • Pengambilan makanan pedas dan berminyak.
  • Pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat.

2. Ubah amalan pemakanan.
Amalkan tabiat pemakanan yang lebih baik dan sesuai mengikut keperluan seperti:-

  • Makan dengan kuantiti sedikit, tapi kerap. 
  • Mengunyah makanan dengan perlahan, ambil masa.
  • Elakkan pembilan makanan berat sebelum tidur
  • Duduk dengan tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
  • Elakkan berbaring 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
  • Elakkan bersulam air ketika makan.
  • Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu pergerakan proses penghadaman.

3. Makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko pedih ulu hati.

🍄 Dadih
Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih dapat menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit.

🍄 Gula-gula getah.
Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus.

🍄 Buah Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

🍄 Air kosong
Ini yang paling penting.
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dihydrasi, jadi minum air minimum 3 liter sehari. Minum ikut kemampuan, tetapi dengan kerap.

🍄 Susu atau Protein
Pengambilan protein sangat digalakkan ketika awal kehamilan lagi. Selain untuk tulang, protein juga diperlukan untuk mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot serta kulit sepanjang kehamilan.

Cik Yun ambil ESP Shaklee tentunya. Renggangan kulit tiada, kusam pada kulit tiada, dan mengidam makanan manis tiada. Malah tenaga tambahan diperolehi untuk Cik Yun kekal bertenaga.

Masalah gastrik dan pedih ulu hati ketika hamil? Hilang begitu sahaja.

4. Rawatan.
Pengambilan peppermint-ginger plus.
                   
Kita tahu, halia sangat berguna dalam membuang angin dalam tubuh. Akan tetapi tidak semua ibu hamil mampu menelan air rendaman, atau rebusan halia ketika pedih ulu hati sedang menyerang.

Jadi pengambilan dalam bentuk tablet memudahkan ibu hamil mendapatkan khasiat halia secara terus. Tanpa gula, bau dan rasanya sangat segar dari daun pudina, untuk memudahkan pengambilan bagi ibu hamil.

Selagi boleh elak, elakkan dari terdedah dengan risiko pedih ulu hati ini. Semua ibu inginkan kehamilan yang sihat selain melalui detik manis ini bersama Si Manja anda. Ingat! Jaga diri, jaga pemakanan, dan jagalah kandungan anda. Kehamilan adalah satu hikmah dan nikmat Allah kurniakan pada kita, terpulang pada kita untuk menzahirkan kesyukuran dengan hargai dan menjaga nikmat kesihatan yang dikurniakan-Nya.

Untuk sebarang pertanyaan, rundingan produk, boleh terus berhubung dangan Cik Yun melalui wasaap atau pun personal facebook ye.

Sekian,
Assalamualaikum..🌸




Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?