Eklampsia



Situasi dan keadaan yang jarang berlaku tetapi sangat serius. Eklampsia boleh terjadi semasa hamil, semasa melahirkan atau selepas bersalin. Ia boleh juga berlaku sehingga empat minggu selepas bayi dilahirkan.

Eklampsia berlaku apabila membran otak (membran serebrum) menjadi terengsa, dan menyebabkan sawan atau konvulsi. Maka, anda dan bayi anda berada dalam bahaya.

Akan tetapi, jika anda menghidap pra-eklampsia, adalah sangat jarang bagi komplikasi jenis ini menjadi sangat serius sehingga boleh membahayakan nyawa. 

Sindrom HELLP


Sindrom dimana berlakunya kecelaruan pada hati dan pembekuan darah. Biasanya berlaku sebelum pra-eklampsia dapat dikesan. 

HELLP bermaksud:
  • H: haemolysis, atau penguraian sel-sel darah merah.
  • EL: elevated liver enzymes. Ini adalah tanda bahawa hati anda tidak berfungsi dengan baik.
  • LP: low platelet count, atau jumlah platelet rendah. Ini bermakna anda mungkin tidak mempunyai platelet yang cukup dalam aliran darah anda. Platelet membantu darah anda membeku.

Seperti eklampsia, HELLP boleh berlaku dalam akhir kehamilan atau selepas bayi anda dilahirkan. 

Komplikasi-komplikasi lain 
Ini termasuk:
💟 Kegagalan hati dan buah pinggang.
💟 Strok (pendarahan serebrum).
💟 Cecair dalam paru-paru (edema pulmonari).
💟 Hilang penglihatan.

Praeklampsia boleh dirawat dan dikawal. Oleh sebab itu, penting bagi anda menghadiri kesemua temu janji pranatal anda. Dengan cara ini, anda dapat membantu doktor anda mendapatkan rawatan bagi anda sekiranya pra-eklampsia dikesan.

Pra-eklampsia tahap ringan hingga sederhana 


Membuat pemeriksaan pranatal lebih kerap adalah untuk memeriksa tekanan darah dan tahap protein dalam air kencing. Anda mungkin mengambil ujian darah dan imbasan ultrasound yang akan termasuk juga imbasan Doppler untuk mengukur aliran darah dari plasenta ke bayi anda.

Akan dinasihatkan lebih banyak berehat dan akan diberi ubat yang selamat bagi bayi anda, untuk menurunkan tekanan darah anda. Jika anda masih belum bersalin menjelang usia kehamilan di antara 39 dan 40 minggu, anda mungkin disyorkan induce. Ini bermakna proses pelahiran akan dimulakan sebelum anda rasa sakit hendak bersalin.

Pra-eklampsia jenis teruk 


Kemungkinan besar anda perlu pergi ke hospital jika anda mengalami pra-eklampsia jenis ini. Di hospital anda akan dipantau dengan lebih rapi di mana bacaan tekanan darah serta ujian-ujian air kencing dan darah dilakukan dengan lebih kerap. Bayi anda juga akan diperiksa dengan teliti. Tumbesaran dan kesihatannya akan dipantau melalui imbasan dan kadar degupan jantungnya akan diukur.

Kakitangan hospital akan melakukan segala-gala yang boleh untuk menghalang daripada komplikasi akibat pra-eklampsia berlaku. Tahap cecair anda akan dikawal dan anda mungkin diberi suntikan untuk mengurangkan risiko anda mendapat eklampsia. Suntikan ini mengandungi magnesium sufat yang membantu menghalang konvulsi. 

Jika tekanan darah anda tidak boleh dikawal dan doktor anda bimbang mengenai keselamstan bayi, bayi anda mungkin perlu dilahirkan lebih awal. Doktor akan menerangkan semua pilihan yang anda ada. Anda mungkin dinasihatkan supaya kelahiran induce atau melalui pembedahan caesarean.

Walaupun sekiranya bayi anda terpaksa dilahirkan awal, kemungkinan besar dia tidak apa-apa. Setiap kes pra-eklampsia adalah berbeza. Jadi kebanyakannya akan bergantung kepada berapa awal dia dilahirkan dan berapakah beratnya semasa dilahirkan.

Sumber: Dipetik dan diolah dari babyCenter.com