Jumaat, 10 November 2017

~Macaroni With Cream Cheezy Sauce~



Kegemaran Amni. Kalau hari-hari buat pun dia makan habis saje. Asalnya resepi ini lebih kurang cabonara, cumanya Cik Yun olah agar sesuai untuk bayi bawah setahun. Lagipun, amni dalam proses tumbuh gigi, jadi maikananoleh pun kena ada makanan boleh gigit dan kunyah.


Rebus macaroni dengan titisan minyak kelapa elak melekat. Macam biasa ☺


Sediakan bahan-bahannya seperti dalam gambar (senang uolls simpan nanti. Tiada sukatan ye, Cik Yun main agak-agak je. Kenapa pakai cream cheese? Sebab teksturnya lebih lembut, ringan, dan rasa lemak tanpa GARAM.


Setelah dikisar bahan untuk menumis (bawang holland, bawang putih, lobak merah, dan ayam). Terpulang kisar kadar atau pun halus, Cik Yun kisar kadar sebab nak ajar Amni mengunyah.Tumiskan bahan sehingga layu, dan sedikit jernih.

Yang jernih tu bukan air, tapi minyak kelapa. Asli di hasilkan sendiri oleh ibu mertuaku. Cik Yun lagi suke guna minyak kelapa untuk menumis makanan anak dari minyak zaitun.


Bila sudah sedikit kering, boleh masukkan susu (untuk Elyas) atau air (untuk Amni). Kacau, dan boleh masukkan rempah campuran. 
Direnehkan sebentar.


Masukkan cream cheese, dan kacau~
Kena sentiasa kacau untuk meratakan keju dan elak keju dari berketul-ketul. Masa ini, baunya mashaAllah…harum sangat!
Amni dah bertenggek di pintu dapur hehehe.


Alhamdulillah…sudah pun siap kuahnya, bolehlah disiramkan pada macaroni. Tengoklah anak-anak Cik yun, melayan kesedapannya hehehe. Yummy! 😍

JadI, ibu-ibu boleh la mencuba. Hendak tukar kan ayam dengan daging pun boleh, nak tambah cendawan pun boleh. Tiada masalah! Cik Yun ingat kan, bayi bawah setahun kalau boleh elakkan makan daging pembuangan kerap ye. Sebab daging pembuangan lambat-lambat hadam, risau anak sembelit pula nanti.

Sharing Is Caring~

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?