Selasa, 7 November 2017

Perlukah ibu hamil mengambil vitamin atau suplemen kesihatan sewaktu hamil? 



…………………🌼……………………🌼……………………🌼……………………

Tahniah dengan kehamilan Puan 🌼

Sebaik sahaja disahkan hamil, bakal ibu biasanya akan mula mencari maklumat yang lebih sebagai persiapan bayi yang bakal dilahirkan. 

Soalan yang biasanya akan ditanya oleh ibu hamil ialah keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan sepanjang kehamilan.

Pengambilan makanan yang seimbang dengan pelbagai jenis sumber adalah salah satu cara terbaik bagi mendapatkan nutrient lengkap yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. 

Disamping memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan, Ibu juga perlu mendapatkan sokongan tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Namun, ada sesetengah ibu hamil yang tidak dapat menerima makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual, muntah teruk, dan sebagainya.

Jadi, pengambilan suplemen vitamin adalah alternatif lain yang sesuai untuk membantu tubuh melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil sangat disyorkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?
Umumnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. 

Sebagai contohnya:
Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi


Suplemen zat besi perlu diambil jika kandungan mineral Ini dalam tubuh rendah. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.
Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah.

Bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium


Mineral penting bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak (Omega-3)




Asid Lemak Tepu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. 

Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. 

Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D



Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. 

Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.
Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Pilih, ambil, dan amalkan vitamin dan suplemen yang betul, diyakini, dan disyorkan mana yang sesuai oleh doktor anda. Sebaiknya vitamin ini diamalkan sampai bila-bila.

Sumber: Dipetik dan diolah dari myHealth.gov
Tambahan:-


Sepanjang kehamilan Cik Yun ambil ostematrix untuk sembelit akibat pengambilan iron tablet dengan dose yang tinggi. Bonusnya Cik Yun tidak mengalami kekenjangan pada mana-mana anggota tubuh sepanjang kehamilan sampai bersalin. Alhamdulillah~

Puan boleh cuba sebagai ikhtiar untuk membantu tubuh mendapat nutrien lengkap sumber mineral sepenuhnya TANPA GULA.

2 ulasan:

  1. Setuju..masa kehamilan sengat oenting cukupkan nutrisi..tidak memudaratkan kesihatan ibu serta baby yang dikandung..

    BalasPadam
  2. Bukan setakat masa mengandung je, malah sepanjang usia..untuk mengekalkan momentum kesihatan.

    BalasPadam

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?