Rabu, 21 Februari 2018

Elak Ruam Lampin

Pernah tak mengalami ruam? Sakitnya, pedih, dan sangat tidak selesa. Jadi, bayangkan betapa peritnya bagi bayi anda dengan kulit mereka yang sangat sensitif. Daripada cuba merawat kulit merah, gatal, dan pedih yang membuat bayi anda muram dan tidak selesa. Lakukan pencegahan dari awal dengan cara mudah ini untuk mencegah ruam lampin.

Secara asanya, ruam lampin biasanya disebabkan oleh gabungan tiga faktor utama.
✅ Kelembapan pada kulit bayi anda.
✅ Kekurangan aliran udara yang di kawasan lampin mereka.
✅ Kewujudan inflamasi seperti bakteria dari kencing dan kotoran atau bahan-bahan pada lampin, kain lap, sabun cuci, produk mandi dan losyen.

Jadi, sangatlah penting untuk memastikan bahagian sulit bayi anda bersih dan kering sebaik mungkin. Ia juga membantu memastikan produk yang anda gunakan tidak mengandungi sebarang perengsa, seperti paraben, pewangi dan pengawet merbahaya.

Langkah mengelakkan ruam lampin.

Jadual Penukaran Lampin
Memilih pampers atau lampin yang selesa bagi bayi anda adalah satu kemestian. Mempunyai aliran udara yang bagus, saiz yang sesuai, itu bagus. Akan tetapi, JANGAN tunggu sampai penuh! Kami mengesyorkan menukar lampin setiap 2 jam atau selepas sesetengah kotoran, jadi kulit bayi anda tidak terdedah kepada perengsa terlalu lama.

Jauhkan Inflamasi
Sabun dan losyen mungkin mempunyai bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit bayi anda, terutamanya semasa beberapa bulan pertama apabila kulit mereka masih halus. Kapas yang hangat atau tuala lembut lebih daripada cukup untuk membersihkan bahagian bawah bayi anda. Atau gunakan produk yang tidak mengandungi alkohol, wangian atau sabun, seperti kain lap Gentle Care. Produk semulajadi tanpa wangian, alkohol atau sabun dan secara klinikal selamat untuk bayi yang baru lahir dan sensitif.

Pelembap untuk kulit bernafas

Sapukan sapuan lembut dengan minyak bayi setiap kali anda menukar lampin bayi. Bukan di bahagian sulit ye. Tentunya dibahagian punggung, celah kangkang, pelipat peha, dan kawasan yg agak kering.

Tambah halangan pelindung
Lapisan nipis jeli petroleum atau zink oksida menghalang kelembapan dan kerengsaan daripada bersentuhan dengan kulit halus bayi anda. Terdapat beberapa pada setiap perubahan lampin. Untuk bayi yang mengalami masalah kulit sensitif, sangat digalakkan menggunakan nappy liner untuk sentuhan secara terus kulit bayi dengan pampers bayi.

Pastikan pemakaian lampin yang sesuai
Jika lampin atau pampers bayi anda terlalu ketat, ia boleh menjadi chafe dan menyebabkan kerengsaan. Jadi, jangan mengikatnya dengan ketat. Pastikan iannya 'fit' dan sesuai dengan bayi anda dengan selesa. 😊

Langkah mencegah adalah lebih efektif berbanding merawat. Kasihan pada anak sekiranya simptom awal ruam lampin tidak dapat dikesan awal, dan dicegah dari terus melarat dan merebak.

Pastikan rejim penjagaan dan kebersihan bayi dititikberatkan bermula dari hari pertama kelahiran lagi. Pemilihan produk juga hendaklah yang srlamat, bebas bahan merbahaya, dan selamat untuk bayi anda.

Anda waspada, anak anda sentiasa selamat...in shaAllah~


Cik Yun
012-3463837
Perunding, pengedar, pengguna, dan pengamal produk rangkaian shaklee 🌸



Ahad, 18 Februari 2018

ELYAS, SEMBELIT, SUSU, DAN EBM

Permulaan Penyusuan
Elyas menyusu sepenuhnya susu ibu selepas berusia 4bulan. Sebelum itu, terpaksa menyusu campur kerana keuzuran Cik Yun.

Susu banyak, Cik Yun pam dan simpan. Ini kerana Elyas reject botol, dan Cik Yun tak boleh kerap bangkit untuk duduk lama-lama (setiap sesi penyusuan adalah lebih kurang 45minit!).

Selepas 4bulan, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk meneruskan penyusuan sepenuhnya untuk Elyas. Mustahil? Tidak, susu tidak akan kering sekiranya jadual pam dijaga.

Hydrocele Baby

Kami diduga dengan Elyas disahkan 'Hydrocele Baby' dimana saluran turunnya telur tidak tertutup sepenuhnya, yang menyebabkan air dari usus mengalir memenuhi kantung telur. Karung telur kelihatan berkilat dan besar sebelah kanan berbanding sebelah kirinya.

Risiko Elyas untuk peringkat yang membimbangkan adalah SEMBELIT! boleh menyebabkan usus jadi keras dan berisiko usus termasuk ke dalam lubang yang terbuka dan pecah!

Sepanjang itu juga, imunisasi Elyas sangat rendah. Mudah dijangkiti penyakit, demam hampir setiap minggu! Jangkitan kuman pada paru-paru, tonsil membengkaknya. Allah~

Susu dan Sembelit
Kehamilan jarak dekat sangat berisiko untuk Cik Yun, jadi doktor syorkan kami hentikan penyusuan lada untuk Elyas. (Sedih Cik Yun).

Kami beli macam-macam jenis susu, dia mula menolak…menolak…dan sembelit…sembelit sampai menangis dan berdarah!

Jadi, Cik Yun buat keputusan untuk meneruskan penyusuan susu badan. Tawakkal pada Allah.


Penyusuan Bergu (Tandem)
Penyusuan diteruskan juga sebaik sahaja Amni dilahirkan, cik yun pantang sendiri, jadi bergilirlah anak-anak menyusu. Alhamdulillah cukup, Elyas pun elok 'direct feeding'.

Amni lahir ketika Elyas berumur 1 tahun 4 bulan, jadi kurang setahun lagi untuk cik yun buat persediaan bagi Elyas untuk bercerai susu. 


8 bulan cik yun merasa penyusuan 'tandem', oleh kerana deman sangat tinggi, sepanjang tempoh berpantang Cik Yun memperolehi hampir 200oz stok simpanan EBM! Sampai tumpang letak lagi di rumah mak hehehe…


Makanan Tambahan Kesihatan.


Asalnya, Meal Shake diambil sebagai suplement Elyas yang sering menolak makanan, tapi Cik Yun cuba jadikannya sebagai susu. Percubaan pertama Elyas minum sebagai suplemen dalam susu pada umur 1tahun lebih.

Sebagai langkah 'wean off' EBM, dan 'tandem' bagi Cik Yun. Hasilnya, alhamdulillah Elyas boleh terima, sembelit tiada, demam melarat jarang menyinggah. Selera makan juga bertambah dan berat juga naik macam biasa. Asbab~

Malah pembedahan juga boleh dilakukan tanpa sebarang komplikasi, dan tempoh pemulihan juga cepat. Risau juga sekiranya dia mengalami sembelit selepas pembedahan.

Penyusuan Badan Berakhir.
Selepas sebulan bercerai susu, cik Yun penah cuba bagi Elyas EBM sebelum tidur, dia boleh terima dan habiskan. Kenapa? Sebabnya meal shake tanpa gula, sama seperti susu ibu…jadi bila ditukarkan pun dia tidak rasa pelik atau loya.

Selain membantu membekalkan manfaat nutrien yang mencukupi, meal shake juga menstabilkan sistem penghadaman anak anda.

Sangat berbaloi, bukan sekadar protein biasa, malah menepati keperluan nutrisi anak anda secara sihat 🌼

Pengalaman ini sangat bermakna, tiada siapa yang mampu dan kuat untuk menghadapi dugaan yang melibatkan nyawa. Namun ikhtiar itu penting sebelum kita pasrah dan menyerah pada ketentuan Illahi.

Cik yun doakan pada yang diuji, semoga tabah dan kuat, bersyukur diberikan kesempatan untuk memiliki insan-insan yang boleh kita berkongsi rasa, berkongsi sokongan…semoga diberikan kesembuhan hendak-Nya…aamiin~ 🌸

Mana nak dapat Meal Shake ni? Boleh direct je wasapp Cik Yun www.wasap.my/60123463837/mealshake.

PERCUMA!
✅ Konsultasi dan penerangan produk.
✅ Trial vitamin yang sesuai.
✅ Hadiah untuk pelanggan. 😘

Jumaat, 16 Februari 2018

ANAK DEMAM LAGI!


Cik Yun dulu 'stress' bila anak kerap demam. Minggu lepas demam, minggu ni demam lagi?! Sebab Elyas memang sangat lemah dari segi imunisasi tubuh, tetapi sangat aktif! Keliru..

Jadi, Cik Yun rajin berlajar, dan keep dapatkan ilmu yang lebih dari pegawai kesihatan dan jururawat yang merawat Elyas. Sampai dah kenal, rekod tebal je ni Elyas la tu (dah macam rumah kedua dah..😅)

Bila anak demam, benda pertama yang kita perlu tahu adalah 'Faktor dan Punca'. Kenapa dan bagaimana boleh terjadi..
  1. Jangkitan kuman (virus atau bakteria),
  2. Perubahan perkembangan (badan menjadi agak stress dari kebiasaan).
  3. Suhu atau cuaca panas.
  4. Keracunan, atau mengutip makanan tercemar.
  5. Terkejut terhadap sesuatu situasi seperti jatuh kerusi,(shock).
  6. Selepas cucuk vaksinasi (tindak balas tubuh).
PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN SUHU TUBUH
  • Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
  • 37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
  • 38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.
Sekiranya suhu anak melebihi 38.5℃ bagi ubat demam biasa (jika ada) dan lap lap atau mandikan anak.

Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

PAKAIAN.
Jangan pakaikan anak pakaian yang tebal atau stoking, pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu. Untuk haba panas keluar, kalau boleh balutkan anak dengan kain yang lembap.

Pantau suhu samada menurun atau tidak, tengok juga keadaannya. nampak biasa atau luar dari kebiasaan.

Apa yang kita perlu dirisau ketika anak demam?
  1. Anak aktif atau tidak?
  2. Anak boleh makan atau tidak?
  3. Kalau tak boleh nak makan, anak boleh minum atau tidak?
  4. Anak bernafas dengan laju?
  5. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
  6. Ada muntah dan cirit? Berapa kali?
  7. Ada buang air besar?
  8. Pampers anak penuh atau tidak?
  9. Anak merengek dan meragam?
  10. Anak ada respon dengan baik atau biasa?
  11. Anak anda tarik (sawan)?
  12. Ada timbul kelainan pada tubuh macam ruam?
Jika ada simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, 'sample' darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.

Ambil darah pula, cucuk tangan tak dapat, cucuk lengan tak dapat, banyaknya cucuk? Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit dan kecut akibat dehidrasi. Jadi, tenang dan biarkan jururawat buat kerja mereka. Jangan marah pulak. 😄

 Ujian darah bukan sahaja dilakukan untuk menentukan punca demam, jangkitan kuman atau virus, dan keadaan tubuh si anak semata-mata. Ianya juga untuk rujukan doktor atau pegawai perubatan menentukan antibiotik yang sesuai beserta dos yang sesuai.

Bila dah dapat WAJIB makan antibiotik mengikut dos dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.

Ada ibu bapa yang lebih suka guna ubat punggung dengan alasan anak tidak boleh menelan ubat. Anda perlu tahu, ubat punggung diberikan bila suhu naik mendadak sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.

Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu yang masih boleh dikawal.

MINUMAN TENAGA
Ada ibu bapa yang memberikan minuman isotonik kepada anak-anak sebagai minuman tenaga (bagi kebah). INGAT! Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak-kanak atau orang dewasa sebenarnya.

Yang tiada gas pun tidak boleh sebab minuman isotonik mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.

Untuk mengekalkan tubuh terhidrat, kerapkan memberi anak air kosong, atau Performance Advance Shaklee. Bukan sahaja sesuai pada orang dewasa, mahupun kanak-kanak. TANPA gula, pewarna, pengawet makanan dan selamat untuk semua peringkat umur.
AISKRIM
Kebanyakkan kanak-kanak yang demam akan mengalami radang pada tekak akibat ternyahidrat. Boleh diberika aiskrim untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan. Jangan lebih-lebih tau...

MENOLAK MAKANAN
Jangan 'stress' bagi apa yang dia nak makan. Badan tak larat, tekak perit, nak menelan susah, jadi normal jika ada penolakkan untuk makan.
Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun ok.

Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak. Kalau Cik Yun bancuh meal shake dengan buah segar untuk 'maintain' keperluan nutrisi tubuh anak.
PEMBUANGAN
Jika pampers dah tukar 2 kali pun masih ringan atau kering dari kebiasaannya, bawalah segera anak berjumpa doktor.

Bahaya! Dehidrasi adalah sangat merbahaya kerana boleh membawa maut.

IMUNISASI TUBUH
Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan.

Imunisasi badan akan menjadi lebih kuat secara natural. Akan tetapi bergantung pada faktor persekitaran, pergaulan dan latar belakang tahap kesihatan anak.

Dapatkan sentiasa ilmu yang lengkap dan pengetahuan yang lebih relevan dari pakar kanak-kanak, atau pun pakar nutrisi kanak-kanak untuk dirujuk.

In shaAllah...anak kita, anugerah indah kurniaan Allah s.w.t..semoga kita diberikan sentiasa kekuatan jiwa dan fizikal untuk menjaga mereka sebaiknya.
Aamiin ya Allah~

Testimoni Cik Yun sendiri guna kedua-dua produk ni. Sangat memuaskan, dan sangat disyorkan. Selalu menjadi pembantu Cik Yun bila kecemasan anak tidak sihat atau badan letih sangat main itu ini. Anak tidur pun lena, rehat yang berkualiti juga diperolehi.

Sakit tu biasa sebagai ujian, tapi kita perlu sentiasa positif dan ikhtiar semoga tidak melarat, dan membahayakan nyawa anak-anak.

Dunia semakin maju, teknologi semakin kehadapan dan anak-anak juga semakin cerdik pandai. Jangan lupa! Penyakit, kuman dan virus juga turut berevolusi.

Cegah sebelum parah!

CikYun_shaklee
www.wasap.my/60123463837

Ahad, 11 Februari 2018

Vivix ke Bibix?

VIVIX NI APA SEBENARNYA?

Tengok pada pembungkusan pun dah rasa macam 'mewah' je harganya, tertarik dan menarik!

Memang MEWAH, dan KAYA dengan pelbagai manfaat, sama ada sebagai ikhtiar, mahupun sebagai rejim makanan tambahan untuk menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh!

Vivix adalah minuman botani yang mengandungi elemen hebat dari empat jenis tumbuhan hebat!

🍇Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum)
🍇Anggur Muscadine
🍇Elderberi Eropah
🍇Lobak Ungu

Keempat - empat tumbuhan ni sangat sangat kaya dengan POLIFENOL dan RESVERETROL. 💕 Pernah dengar tak?

Bahan ni memang sangatttt premium. Sesuai untuk pemuliharaan, merangsang, dan membaikpulih sel-sel tubuh badan kita. Cuma Shaklee sahaja patenkan formula ni untuk manusia sedunia. Sebab tu Vivix terrsangat unik dan esklusif!

Mesti nak tahukan kelebihan Vivix ni?
📍Membantu membaikpulih sel badan yang rosak.
📍Bantu menguatkan sistem imunisasi badan.
📍Antioksidan semulajadi yang sangat baik untuk tubuh kita.
📍Mengoptimakan keupayaan sel tubuh.

Empat ini je kelebihannya? Ehhhh...nanti dulu, ada baaanyak lagi tau yang buatkan 'Sirap Merah' ini sangat berharga dan istimewa pada pengamalnya. 😍

Nak cuba dan rasai kesan Vivix, ini lah masanya. Jom ber-VIVIX !

Feel free berhubung melalui wasaap boleh, call boleh, untuk rundingan dan penerangan berkaitan produk.

Your Commited SID
Cik Yun|012-3463837
www.wasap.my/60123463837

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?