Rabu, 25 April 2018

Pentingnya Ilmu awal untuk proses penyusuan yang berjaya

Proses penyusuan ni kita kena ada konsep 'berkorban demi kasih dan sayang'
Bukan setakat beli pam dan peralatan sahaja, bukan setakat cakap 'saya memang berniat untuk menyusukan anak sampai 2 tahun..' dah cukup.

Tidak~
Ibu kena ada ilmu, mindset positif, persediaan mental, fizikal, dan ketetapan niat tu penting! Sangat penting ye ibu-ibu.

Kenapa?
Ilmu memang kena gali, kena cari, kena tahu pasal proses penyusuan ni macam mana? Persediaan awalnya apa? Caranya macam mana? Kelebihannya, kemungkinannya, 'bonding' macam mana, simptom fizikal yang akan dihadapi macam mana. Banyak, kena dari masa awal kehamilan lagi..

Bukan dah bersalin, barulah masa itulah nak mencari pam susulah, milkbooster, kenapa anak tak nak menyusu? Kenapa susu tak keluar, kenapa susu cair, kenapa itu, kenapa ini...

Jadi, mulalah ada rasa 'feed up' bila tidak seperti yang diharapkan. Bila orang sekitar tengok ibu macam 'lost', mulalah cadangan susu formula bermula..

Ini pentingnya kenapa Ilmu yang utama. Sebab bila kita dah ada ilmu, automatik minda kita dah di set untuk tubuh kita bersedia..

Bersedia! Bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menempuhi alam penyusuan yang harmoni, penuh kenangan dan juga mencabar 😊

Bila kita dah ada ilmu, mindset dah pasak dalam jiwa, dan bersedia, serta positif. In shaAllah..walau apa pun jadi, proses penyusuan harus diteruskan!

Kata-kata dan keadaan yang boleh membantutkan proses penyusuan, tak akan mampu menggoyahkan niat asal ibu. Percayalah!

Cik Yun dulu, bersalin secara cesarean. Susu memang tiada, tapi Cik Yun stay positif..doktor sampai kesian tengok anak menangis lapar. Bagi susu formula masa tu. Tak mematahkan semangat! Cik Yun malam-malam bangun bagi Elyas menyusu walaupun kosong, menangis..memang dia menangis.

Tapi cik Yun pujuk dia 'tolong ibu...ibu sayang awak sangat, tolong ibu bagi yang terbaik untuk awak..' selama seminggu!

Lepas dia menyusu cik Yun pam, sebab dah dapat simulasi dari bayi. Pam memang kosong. Tanpa tengok hasil, cik Yun pam je...sampai keluar setitik dua.. Tapi keep pumping and positive, mulut ni tak pernah berhenti zikir ya matin...

Sampailah, hari ke-8, bangun pagi jam 3 pagi tu dada rasa panas dan sakit. Bila pam, susu lancar je keluar sampai dapat 2oz..menangis! Patut pun Elyas menyusu sebelum tu tak nangis, dia dah dapat susu 😊

Alhamdulillah, Allah Maha besar!
Cik Yun banyakkan minum air kosong dan air rebusan akar periuk masa tu, sebab tak boleh nak ambil jamu. Kena rajin dan korbankan masa tidur untuk cekal amalkan konsep penyusuan demand dan supply. Untuk mula kumpulkan EBM masa bekerja nanti. Habis je menyusu, sambung pam sampai dada rasa kosong.

Bayangkan, masa tu duk ulang alik hospital sebab check kuning Elyas. Sampai terbuka jahitan czer cik Yun. 😅 Tapi itu tidak menjadi penghalang untuk cik Yun kekal positif demi Elyas...

Walau apa pun, elakkan stress dan mindset ALWAYS kena positif..positif..positif! Dan tawakkal, hanya Allah yang berkuasa dan berupaya, bukan kita HambaNya.

Amalkan juga zikir ya matin tiap kali menyusu atau pam..in shaAllah sangat-sangat membantu 😊

Ibu, anda hebat! Anda mampu mengharunginya demi yang tersayang, jagalah kesihatan mental dan fizikal anda demi anak yang tersayang 😊

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?