Selasa, 15 Mei 2018

TIPS RINGKAS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

πŸ’•. Waktu sahur
Usahakan untuk swntiasa bersahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.
Juga, ambil makanan yang berat macam nasi, dan makanan yang boleh membantu memberikan tenaga dan kalori yang cukup. Contoh seperti karbohidrat kompleks untuk keseimbangan paras gula dan perlepasan tenaga berperingkat.

πŸ’•. Selepas sahur..
Standby air disisi, dan boleh mula mengepam untuk sesi pertama pada hari itu. Selesai mengepam minumlah bagi menambah keperluan air untuk tubuh.

πŸ’•. Sesi mengepam
Lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Kalau macam cik yun, jam 10 pagi, 1 petang, 5 petang, dan 10 malam..ini bagi yang bekerja macam cik Yun dulu 8 pagi~ 9 malam..

πŸ’•. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma atau buah dahulu sambil disusuli dengan air. Buah adalah sumber yang paling cepat dan mudah dicerna untuk diproses sebelum makanan berat lain 😊

πŸ’•. Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sebagai peneman sejati, ingat je minum..pandang je minum 😁  Ini adalah penting untuk pastikan kandungan air dalam badan mencukupi, tidak ternyahidrat sewaktu berpuasa keesokan hari.

πŸ’•. Selepas maghrib, sementara menunggu isya', boleh mengepam untuk bekalan stok keesokan hari.

Perlu diingatkan ye...susu DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor berpuasa, tak makan..itu salah!

Tapi disebabkan ibu rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.

Jadi sangat penting untuk Ibu kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan macam kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas. Ini boleh menggangu pengeluaran susu.

Cik Yun sangat cadangkan ibu-ibu yang hamil dan menyusu mengambil ESP sebagai makanan tambahan untuk menyokong tenaga. Serta membantu Ibu mengekalkan stamina sepanjang berpuasa..in shaAllah 😊

Ini sahaja tips ringkas dari Cik Yun. Kalau Ibu-ibu nak share pengalaman, sangat dialukan...sharing is caring 😘😍


SELAMAT BERPUASA!
Salam sayang dari Cik Yun 😘

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

✅ Free COD area Rawang Area
✅ Free product consultation
✅ Free trial sample produk
✅ Free gift (tentunya 😊)
✅ Free EXTRA gift untuk pembelian produk sepanajang RAMADHAN ini!

Berminat dapatkan produk rangkaian Shaklee?
Sebarang pertanyaan, mahupun rundingan rangkaian produk, boleh klik di link berikut πŸ“² www.wasap.my/60123463837



Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?