Selasa, 9 Oktober 2018

Tangani Emosi Anak Tantrum!

Anak mengamuk-ngamuk, mak ayah mula la naik angin..hilang sabar! Tapi macam mana nak tangani anak ketika tantrum TANPA campur EMOSI?

Ibu bapa perlu bertenang dan jangan menjerit atau memarahi kanak-kanak. Hal ini akan menjadikan ibu bapa sebagai role model dalam mengawal emosi.

Perlu berfikir seketika sebelum bertindak untuk mengawal tantrum. Terdapat 4 cara yang boleh digunakan:.

🚸 ALIH PERHATIAN
Mengalihkan perhatian anak kepada perkara lain yang lebih menarik. Kanak-kanak pada usia ini mempunyai tumpuan yang pendek. Bila perhatian mereka dialihkan, mereka akan lupa kepada perkara yang menjadi punca tantrum tersebut.

🚸PENGASINGAN
Mengasingkan anak ke tempat yang tenang dan jauh daripada orang lain. Berikan masa untuk menenangkan diri. Jangan cuba bercakap atau memarahi semasa mereka cuba bertenang.

🚸 TIDAK MELAYAN
Tidak mempedulikan tantrum mereka, anak mula tantrum untuk menarik perhatian ibu bapa. Sekiranya tidak dilayan, dia akn berhenti melakukannya.

🚸 SENTUHAN
Memegang, peluk, dan mententeramkan kanak-kanak sekiranya mereka agresif, mencederakan diri mereka dan orang lain.
         
Selepas anak bertenang, ajar anak cara yang betul dan terbaik untuk mengawal emosi. Jelaskan kenapa kita tidak benarkan, tidak setuju, atau menuruti permintaannya.

Berulang-ulang, untuk membantu anak mengawal emosi negatif mereka di masa hadapan..kadang-kadang cik yun pun tewas, tapi cik yun tetap juga mengulang-ulang praktiskan tips ni pada anak…

Ingat! Menanggani anak yang tantrum ni, sama seperti kita menangani emosi kita. Ibu bapa perlu menanggani, dan bijak mengawal emosi sendiri terlebih dahulu. Bagaimana kita nak mengawal emosi anak, sedangkan emosi kita sendiri berkecamuk? Kuatkan semangat, tenangkan jiwa, lembutkan hati..in shaAllah, semoga Allah permudahkan.......aamiin ❤


Coretan ikhlas,
Cik Yun|Ibu anak dua 🌸


Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?