Selasa, 12 Disember 2017

Bengkak Susu! Ouuchhhh~

Sebaik sahaja proses kelahiran, kuantiti susu yang dihasilkan tubuh mengikut keperluan bayi. Malah hasil akan meningkat sehingga payudara penuh.

Keadaan bengkak susu bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang payudara menjadi keras dan membesar, ada pula yang penuh sedikit rasa panas sahaja.

Lebih kerap anda dan simanja berlatih cara penyusuan yang berkesan lebih cepat masalah ini diatasi.

Ibu-ibu digalakkan menyusukan anak walaupun payudara sudah bengkak, kerana ini dapat mengurangkan kuantiti susu dan memberikan kelegaan. 

Sekiranya bayi sudah kenyang, anda boleh perah dengan tangan secara perlahan lahan menggunakan kaedah marmet.

Tips Mengatasi Bengkak Susu

Bengkak Susu? Syukur alhamdulillah. Kenapa? Bengkak susu menunjukkan badan kita sedang menghasilkan susu dengar lebih dari kebiasaan.

Supply and Demand
Apabila payudara mula rasa bengkak, jadual memerah susu perlu diubah. Prinsip supply and demand, lebih kerap payudara dikosongkan, lagi banyakkan susu akan dihasilkan

Susukan atau pam dengan lebih kerap, supaya payudara akan menjadi lebih lembut. Pastikan juga anak kita menyusu dari kedua dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan. Elak beri sebelah sahaja untuk satu sesi.

Sebaiknya pam atau susukan bayi setiap 2~3jam sekali, dan kosongkan payudara sebelum berpindah ke payudara yang sebelah lagi.

Lembutkan Areola
Cik yun sarankan, setiap kali sebelum memberikan susu pada bayi, 'mermet' dahulu bahagian puting berwarna gelap (areola) sehingga ia menjadi lembut. Ibu untuk ni memudahkan bayi menyusu. 

Mengeluarkan Sebahagian susu
Tekap tuala panas di payudara untuk memudahkan pengeluaran susu. suhu dari tuala tersebut akan melembutkan areola dan memudahkan penyusuan.

Sekiranya breast kita terlalu penuh dengan susu, pam boleh digunakan untuk mengeluarkannya. Cuma jangan kerap sangat.

Ibu kerana badan akan menghasilkan susu lebih daripada diperlukan bayi. Susu berlebihan ini akan terkumpul dalam breast dan jika tidak dikeluarkan akan menyebabkan Blocked Milk Duct kerana terlalu banyak susu.

Kaedah Tradisional
Sikat ~ gunakan sikat, lapik dan sikat payudara yang bengkak perlahan lahan ke arah areola. Ia bertindak seperti urutan lembut pada payudara.

Cuka ~ gunakan cuka makan dengan menyapunya di sekeliling payudara kecuali bahagian puting untuk elakkan bayi enggan minum susu. 

Kobis ~ gunakan kelopak kobis yang lebar untuk meredakan bengkak susu dengan melekapkan ia pada payudara. Susu akan menitik dan bertakung di dalam kelopak.

Lecihitin
Cara lain mengurangkan bengkak susu adalah dengan mengambil suplemen Lecithin. 

Menurut kata Dr. Jack Newman, “It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”  

Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak, yang bnyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Sangat sesuai untuk ibu yang menyusu. Kalau sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu yang menyusu.

Khasiat Lecithin Untuk Ibu Menyusu
  • Mengurangkan risiko berlakunya bengkak Susu dengan mencegah duktus susu dari tersumbat (Blocked Milk Duct).
  • Menggelakkan mendapan kolestrol dan lemak jahat dalam darah.
  • Membantu mengimulsi lemak yang berlebihan.
  • Membantu meningkatkan memori dan fokus untuk Ibu.
  • Memberikan khasiat Lecithin (kolin) secara tidak langsung kepada bayi melalui susu Ibu. Sangat bagus untuk perkembangan otak bayi.

Boleh hubungi Cik Yun di 012-3463837
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kehamilan, berpantang, mahu pun menyusu. In shaAllah Cik Yun akan berkongsi untuk manfaat bersama 😘
🌼🌼🌼🌼🌼


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesti Baca

Kenapa sukar mengempiskan perut selepas bersalin?